Rabu, 17 Februari 2010

UNGKAPAN HATIM AL-ASHAMM

Hatim Al-Ashamm berkata: Aku minta dari makhluk 5 perkara dan aku tidak mendapatkannya;

1]Aku minta supaya mereka taat dan zuhud,tetapi mereka tidak mahu mengerjakannya.

2]Aku minta supaya mereka menolongku dalam taat dan zuhud,tetapi mereka tidak mahu juga.

3]Aku minta agar mereka redha jika aku taat dan zuhud,malahan mereka membenciku.

4]Aku memnita supaya mereka agar jangan menggangguku,tetapi mereka menghalangku dari taat dan zuhud.

5]Aku meminta supaya jangan mengajak aku kepada jalan yang tidak diredhai ALLAH dan jangan memusuhi aku jika tidak mengikuti mereka,tetapi mereka tidak mahu demikian.