Selasa, 26 Januari 2010

TIADA TAJUK.



Setiap saat,maut membahagi2kan kain kafan,
Sdgkan kita lalai akan kehendak badan,
Jgnlah kamu terbuai dunia dgn bunga hiasan,
Walaupun dlm pakaian yg bergemerlapan,
Manakah kesayangan,dan manakah tetangga yg mendiamkan,
Dan mana pula mrk sbg idaman,
Dari gelas kotor mrk sediakan minuman,
Di liang lahat bertimbun tanah dijadikan jaminan.

Mati itu ibarat bahtera dgn gelombang yg amat ditakuti manusia,
Namun setiap org sudah pasti akan mengalaminya,
Kesihatan seseorg tidak menjamin pjg umurnya,
Dan penyakit pun tidak ada kuasa utk memendekkan umurnya,
Tiap2 berita kematian mengejutkan kita,
Spt burung2 berterbangan entah akan hinggap pada siapa.

Bagaimana pun kita merasakan pjgnya mlm hari,
Esok pasti fajar akan tiba,
Begitu juga bagaimanapun pjgnya umur manusia,
Pasti kematian akan menjemputnya.

Relakanlah kepergian yg tidak akan kembali,
Tangisilah dirimu sendiri menghadapi kematian nanti,
Setiap golongan pada suatu masa,
Pasti terpisah diantara mrk krn mati.

Tidak akan selamat bagi mrk yg diikuti oleh malaikat maut.
Jika dtg padanya,tiada yg terpaut,
Baginya mati adalah ttp,dialah maut,
Mmg diciptakan bayi dan yg berusia lanjut,
Byk terdpt raja2 dan cendekiawan berdarjat dan berpangkat,
Tiada seorang pun jua di antara mrk yg tidak akan berangkat.

Maut meminta kita dgn cepat dan pasti,
Jika dtgnya bukan senja,tentulah pagi hari,
Diingatkan pada taubat waktu mlm dan pagi,
Walaupun bukan kita yg dituju pada saat ini.

Yg menjadi tujuan akhir adalah tpt yg suci,
Apabila engkau berakal utk diri sendiri,
Jika hendak mulia,buatlah neraca diri,
Supaya tidak merugi sbl mati.

Masa lalumu jadikanlah sbg guru,
Suatu hari akan berganti dan menjadi saksimu,
Apabila hari semlm perbuatanmu adalah bisu,
Segeralah beramal kebajikan dan terpujilah kamu,
Berbuat baik jgnlah esok ditunggu,
Mungkin esok engkau akan beku.

WAHAI yg berjln yg tidak akan kembali,
Wahai penyesalan yg menimpa kesayangan diri,
Wahai kemabukan yg tanpa diminum,
Wahai kenderaan yg tanpa dikenderai,
Wahai pembaringan yg bersendiri,
Diantara tilam batu dan tanah yg menimbuni.

Wahai manusia yg dahulu pernah bercita2,
Namun ajal merintanginya,
Bertaqwalah kpd ALLAH semata2,
Yang Maha Menentukan tercapai tidaknya amalan kita.

Dengarlah suara yg telah diperdengarkan,
Jika terselamat sedikitpun ttp kehilangan,
Makanlah sesukamu,hiduplah dgn aman dan selamat,
Kematian adalah akhir dari keseluruhan.

HIDUPLAH SEKEHENDAKMU,NAMUN PASTI ENGKAU AKAN BERANGKAT,
BERBUATLAH SEKEHENDAKMU,PASTI ENGKAU AKAN MENDPT BALASAN,
BERCINTALAH SESUKAMU,PASTI ENGKAU AKAN BERPISAH DARI INSAN DAN APA YG ENGKAU CINTAI,
KETAHUILAH BAHAWA,KEMULIAAN SESEORANG MUKMIN BERADA PADA BANGUNNYA DI TGH MLM UTK BERIBADAH.

WALLAH HU'AKLAMU BISSAWAB.

Sabtu, 23 Januari 2010

8 GOLONGAN YANG JIKA MEREKA DIHINA,MAKA JANGANLAH MEREKA MENYALAHKAN SESIAPA KECUALI DIRI MEREKA SENDIRI:

8 Golongan orang yang jika mereka dihina ,maka janganlah mereka menyalahkan orang lain kecuali diri mereka sendiri iaitu:

1]Orang yang menhadiri jamuan sedangkan dia tidak dijemput.
2]Orang yang mengganggu tuan rumah.
3]Orang yang mencari kebaikan dari musuh2nya.
4]Orang yang mencari keutamaan dari orang2 yang hina.
5]Orang yang menyampuk percakapan orang lain pada hal dia tidak dijemput berbual bersama2.
6]Orang yang meremeh dan memperlekehkan penguasa.
7]Orang yang duduk di majlis sedangkan dia tidak patut untuk berbuat begitu.
8]Orang yang mengeraskan percakapannya dihadapan orang yang mendengarnya.