Rabu, 22 Julai 2009

RENUNGAN KE DALAM DIRI :KEBAHAGIAAN ITU LETAKNYA DI HATI

KEBAHAGIAAN ITU LETAKNYA DI HATI,OLEH ITU:

1-} Sekiranya engkau kaya,senangkanlah hatimu,krn dgn kekayaanmu itu,peluang serta kesempatan utk mengeluarkan org dari kesusahan terbentang luas di hadapanmu.Perbuatanmu disenangi org ,jasamu dikenang org,malah engkau akan sentiasa mendapat pujian bahkan engkau akan sentiasa dipandang mulia dan dihormati.Dihadapanmu terhampar permaidani kemasyhuran atas sebab itu engkau beroleh kebebasan dan kemerdekaan.

Tetapi sekiranya engkau miskin,senangkanlah hatimu,krn engkau telah terlepas dari kongkongan penyakit jiwa,penyakit kesombongan yg sentiasa membelenggu ke dalam diri golongan kaya dan berada.Senangkanlah hatimu krn tidak ada org yg akan berhasad dengki,iri hati serta memusuhimu,hanya disebabkan oleh kemiskinanmu.Kemiskinan juga adalah suatu nikmat ,krn dgnnya tidak ada jln bagi org lain utk berkecil hati dan tidak ada org akan menanam perasaan benci terhadapmu.

2-} Sekiranya engkau dermawan,senangkanlah hatimu,krn dgn kedermawananmu itu,engkau telah dpt mengisi tgn2 kosong ,telah dapat menutup susuk2 tubuh yg bertelanjang dan telah dpt menegakkan rumah yg telah roboh.Dgn hal itu,engkau telah menuruti perintah hatimu dan engkau mendapatkan bahagia.Ribuan malahan jutaan makhluk Tuhan akan memuji kpd Tuhan disebabkan oleh pertolonganmu.Kesenangan hatimu yg tadinya cuma satu,kini telah bertambah berlipat kaliganda ,sebab telah sekian byk org yg turut dan ikut serta mengecap segala nikmat yg telah engkau dapat dan kongsikan bersama.
Tetapi sekiranya engkau tidak dapat menjadi seorg dermawan,senangkanlah hatimu,sebab engkau telah terhindar dari bersifat riak,angkuh dan ujub yg adakalanya dimiliki oleh org2 yg memberi.

3-} Sekiranya engkau masih muda remaja,senangkanlah hatimu,krn pohon pengharapanmu masih segar dan subur,dahannya kukuh dan utuh,masih rendang dan rimbun.Tujuan,matlamat dan kenanganmu masih jauh,sebab umurmu masih muda serta mudah bagimu utk menjadikan setiap impian menjadi kenyataan.
Tetapi sekiranya engkau telah tua,senangkanlah hatimu,,krn engkau telah terlepas dari pertempuran dan perjuangan yg dashyat dan engkau telah memperoleh beberapa ilmu yg dalam dari pelajaran hidupmu.Engkau telah mengetahui segala tujuan jalan yg telah engkau lalui/tempuhi.Oleh krn itu,segala pekerjaan yg engkau lakukan,hendaklah berfaedah serta bermanfaat bagi dirimu,lantaran sebab satu detik umurmu di masa tua lebih mahal harganya drpd umurmu bertahun2 di masa muda,sebab semuanya telah engkau lalui dgn pandangan yg terang serta pengalaman yg cukup luas.

4-} Sekiranya engkau sihat,senangkanlah hatimu,krn itu tandanya telah nyata pada dirimua kekayaan Tuhan dan kemuliaan nikmatNYA krn badan yg sihat memudahkan engkau menempuh segala kesusahan dan mengharungi segala kesulitan.
Tetapi sekiranya engkau sakit,senangkanlah hatimu,krn sudah nyata bahawa dirimu adalah tpt perjuangan di antara 2 alam yg dijadikan Tuhan iaitu kesihatan dan kesakitan.

5-} Sekiranya tanah airmu dijajah dan dirimu diperhambakan ,senangkanlah hatimu krn sebab penjajahan dan perhambaan membuka jln kpd perjuangan utk melepaskan diri dari belenggu.
Tetapi sekiranya engkau bangsa yg bebas dan merdeka,senangkanlah hatimu,krn sebab engkau duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dgn bangsa2 lain yg ada di dunia ini dan ada pula bagimu kesempatan mencari kekuatan baru sebab kemerdekaan itu harus diwarisi dan diisi dgn hal2 yg baru.


--TAHAN DERITA ITU ADALAH PANGKALNYA KEBAHAGIAAN,KENIKMATAN DAN KESENANGAN ADAKALANYA MEMBUATKAN MANUSIA ALPA: KESOMBONGAN DAN KEMEGAHAN HANYA MEMBAWA KEHANCURAN.

--ORG YG BERBAHAGIA ITU IALAH ORG YG DPT MENGUASAI HATINYA ,SEBAB ORANG YG DPT MEMERINTAH HATINYA ,LEBIH BAIK DAN BESAR FAEDAHNYA DARI MENGUASAI SESEBUAH NEGERI.

--kEBAHAGIAAN ITU AKAN DIDAPATI DGN BYKNYA DGN BERBUAT KEBAIKAN DAN KESUSAHAN PULA AKAN HANYA MENGHANTUI DIRI APABILA BYK BERBUAT KEJAHATAN.TINGGALKANLAH KEJAHATAN ITU ,KELAK NANTI IA PASTI AKAN MENINGGALKANMU.KITA PASTI AKAN MERASA BAHAGIA APABILA ORG MERASA SENANG DGN KITA DAN MENCINTAI KITA SPT MENCINTAI DIRINYA SENDIRI.


ENIGMA CINTA : APA MAKNA CINTA PADA ANDA.




APAKAH MAKNA CINTA PADA DIRI ANDA?

1}-Cinta adalah perasaan pertama yg dirasai sebelum perkara buruk berlaku.

2}-Apabila seseorg mencintai anda,cara mrk menyebut nama anda adalah berbeza.Anda tahu nama sentiasa selamat di bibirnya.

3}-Cinta adalah apabila seseorg melukai hati anda dan membuatkan anda merasa begitu marah ttp anda tidak pula memberontak dan menempelak kpd mrk krn ianya hanya akan lebih memburukkan keadaan.

4}-Cinta adalah perkara pertama yg membuatkan anda tersenyum meskipun ketika itu anda sdg kepenatan mahupun sibuk.

5}-Cinta adalah apabila anda diberitahu seseorg sesuatu yg teruk ttg diri anda dan anda takutmrk akan berhenti menghormati dan menyayangi diri anda ttp selepas itu anda merasa terkejut krn krn mrk bukan shj masih menyintai malahan lebih menyayangi diri anda.

6}-Cinta adalah apabila anda menyintai seseorg,alis mata anda akan turun-naik dan seolah2 anda akan dapati bintang2 kecil keluar dari dalam diri anda { sbrnya anda rasa nak pitam! }

7}-Cinta adalah apabila anda mengungkapkan AKU CINTA PADAMU hanya jika anda benar2 ikhlas. { di dlm erti kata lain anda benar2 memaksudkannya }

8}-Cinta adalah mudah dan cukup bahagia.Tuhan menyintai kita dgn cara yg paling mudah dan cukup berharga,jadi amatlah pentiutk kita menyintai diri sendiri dgn cara yg sama.

PUISI : ADA APA PADA CINTA

ADA CINTA MENYULAM RASA,
ADA CINTA MENGGAMIT SUKMA,
ADA CINTA SUCI TERUS MEMBARA,
ADA CINTA SEJATI PENGLIPUR LARA.

ADA CINTA MEMBAWA BAHAGIA,
ADA CINTA MENJADI CERIA,
ADA CINTA MENYULAM MADAH,
ADA CINTA BEGITU INDAH.

ADA CINTA MENGUNTUM CERIA,
ADA CINTA MELAKAR SUCI,
ADA CINTA PENGLIPUR DUKA,
ADA CINTA MENGELUS HATI.

ADA CINTA MEMBAWA BENCANA,
ADA CINTA HANYA BERPURA-PURA,
ADA CINTA MENJADI SENGSARA,
ADA CINTA MEMILU RASA.

ADA CINTA MEMBENAM HIBA,
ADA CINTA TERSUNGKUR MERANA,
ADA CINTA MEMBUTA TULI,
ADA CINTA MENDAMBA SEPI

NAMUN CINTA PADA ILLAHI TETAP SUCI,
MERAIH KEREDHAAN MURNI,
CINTA ITU ANUGERAH DARI RABBI ILLAHI,
CINTA-NYA KUDUS LAGI ABADI.

Selasa, 16 Jun 2009

MENCIPTA KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMAKNA

Hidup ini sesungguhnya adalah sesuatu yang sederhana.Ianya sebenarnya tidak sebagaimana yang sering diperkatakan orang bahawa hidup itu rumit.Kita sewajarnya harus percaya pada sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa hidup itu ibarat satu perjuangan dan kita seharusnya melakukan yg terbaik bagi memperolehi kehidupan yg lebih bermakna.

Berikut adalah tips bagi mengatasi kekusutan hidup sekaligus mencipta kehidupan sebenar yg lebih bermakna:



i}Mungkin anda sering tidak memperoleh apa yg anda inginkan ,namun itu bukanlah bererti ianya suatu kegagalan.Anda perlulah sentiasa bertenang krn apabila tiba masanya kelak,ada rezeki, segala yg dihajati pasti akan anda perolehi.



ii}Saat anda menyedari anda telah melakukan kesilapan perlulah segera mengambil segala langkah utk memperbaikinya bagi menyelamatkan sesuatu perhubungan.Menjelaskan sebarang salahfaham seawal/sebaik mungkin selain menjaga ianya juga dapat menyelamatkannya dari kehancuran.



iii}Suasana rumah yg penuh dgn cinta,kasih syg dan bahagia adalah sebhgn dari kehidupan yg bermakna yg cukup diidamkan oleh semua org.Maka lakukanlah sesuatu yg selain dpt mengekalkan suasana yg diimpikan,ianya juga dpt mencipta suasan yg lebih harmoni,ceria dan tenang.



iv}Ingatlah bahawa hubungan yg terbaik adalah hubungan di mana kasih anda utk org lain melebihi dari anda mengasihi diri anda sendiri.Dari situ jadilah org yg sentiasa menjalinkan kerjasama dan bukannya sentiasa/mudah terikut2 dgn faktor persekitaran mahupun pengaruh2 lain.



v}Kejujuran,keikhlasan,kesetiaan,ketulusan,persefahaman dan kepercayaan adalah kunci yg paling penting dalam semua aspek kehidupan apatah lagi ketika bersama dgn insan tersayang.



vi}Seandainya mempunyai sebarang kelapangan,pergilah berkunjung ke sesuatu tpt yg belum pernah anda kunjungi,jika ianya sesuatu yg seronok dan menggembirakan { pastinya!! } kongsikanlah pengalaman tersebut bersama2 dgn insan yg cukup istimewa dan bermakna/penting dalam hidup anda.Mencipta kenangan baru selain beroleh kenalan/rakan baru sememangnya dpt membuatkan hidup anda menjadi lebih bermakna.



vii}Hargailah segala hal2 yg meskipun kecil dan remeh bersama2 dgn rakan2 anda,krn dari situ mereka pastinya akan beranggapan yg anda sentiasa menghargai mrk dalam apa jua keadaan,spt mana ketika susah mahupun senang.Selain itu sentiasa @ cuba berhubung dgn mrk yg mungkin sudah lama tidak berhubungan dan anda bagi menunjukkan betapa anda amat mengingati dan merindui mereka,...

Khamis, 4 Jun 2009

KAMUS MUKMIN : TANDA -TANDA BAHAGIA DAN SENGSARA

TANDA-TANDA BAHAGIA

1] Menjauhkan diri drpd urusan dunia dan senang kpd urusan akhirat.

2] Memiliki kemahuan yg kuat terhadap ibadah dan membaca Al-Quran.

3] Sedikit kata terhadap apa yg tidak diperlukan.

4] Sangat memelihara ibadah fardhu.

5] Sentiasa menjaga diri drpd perkara2 yg haram dan syubhah samada sedikit mahupun byk.

6] Bersahabat serta bergaul rapat dgn golongan yg baik dan alim serta soleh.

7] Sentiasa bersifat merendah diri.

8] Bersikap dermawan terhadap golongan yg memerlukan .

9] Sentiasa mempunyai sifat ihsan terhadap makhluk2 ALLAH yg lain.

10] Kehadiran kita sentiasa di nanti serta bermanfaat kpd org lain.

11] Selalu mengingati mati dan sentiasa bersiap-sedia menghadapinya


TANDA-TANDA SENGSARA

1] Rakus dan tamak terhadap harta dunia.

2] Memilik kemahuan yg cukup kuat terhadap nafsu syahwat serta kelazatan dunia.

3] Kotor,kesat,celupar dan lancang tutur katanya serta byk ghibah { menceritakan kecelaan org lain @ mengumpat }

4] Meremeh2kan semua ibadah fardhu.

5] Berkawan rapat dgn golongan yg fasik,munafik dan kufur.

6] Memiliki perangai yg amat buruk.

7] Teramat sombong,bongkak,ujub,riak serta sering membanggakan diri sendiri.

8] Enggan memberikan kebaikan terhadap golongan yg memerlukan,akibatnya kehadirannya cukup dibenci.

9] Tidak mempunyai belas ihsan terhadap org lain apatah lagi terhadap org yg beriman.

10] Bersifat kedekut.

11] Lupa terhadap mati.

IKTIBAR DARI KEMATIAN

DALAM SATU RIWAYAT ADA DINYATAKAN ,TATKALA ROH TERPISAH DARI BADAN ,MAKA JASAD ITU DI PANGGIL MAYAT ,LANTAS IA DIPANGGIL DARI LANGIT DENGAN 3 KALI JERITAN :

1-WAHAI ANAK ADAM,WAHAI MAYAT!,...APAKAH KAMU MENINGGALKAN DUNIA INI ATAU DUNIA MENINGGALKAN KAMU ?

2-WAHAI ANAK ADAM ,WAHAI MAYAT!,...APAKAH KAMU MENGUMPULKAN DUNIA INI ATAU DUNIA MENGUMPULKAN KAMU?

3-WAHAI ANAK ADAM ,WAHAI MAYAT!,...APAKAH KAMU MEMATIKAN DUNIA INI ATAU DUNIA MEMATIKAN KAMU?


KETIKA JENAZAH HENDAK DIMANDIKAN,IA DIPANGGIL LAGI DENGAN 3 KALI JERITAN :

1-WAHAI ANAK ADAM,WAHAI MAYAT!,...DI MANAKAH TUBUH BADANMU YANG KUAT ? BUKANKAH SEKARANG ENGKAU TELAH MENJADI LEMAH?

2-WAHAI ANAK ADAM,WAHAI MAYAT!,...DI MANAKAH MULUT KAMU YANG BERCAKAP? BUKANKAH SEKARANG KAMU MENJADI DIAM ?

3-WAHAI ANAK ADAM ,WAHAI MAYAT!,...DI MANAKAH KEKASIH KAMU SEMUANYA? BUKANKAH MEREKA SEMUA MENGASINGKAN KAMU ?

KETIKA JENAZAH DILETAKKAN DI TEMPAT KAFAN UNTUK PENGAFANAN,IA DIPANGGIL LAGI DENGAN 3 KALI JERITAN :

1-WAHAI ANAK ADAM,WAHAI MAYAT!,...PERGILAH KAMU KE TEMPAT YANG JAUH TANPA MEMBAWA BEKAL !

SEBAIK DIKAFANKAN DAN DIBAWA DARI RUMAH,MAYAT ITU DISERU LAGI:

2-WAHAI ANAK ADAM,WAHAI MAYAT!,...KELUARLAH KAMU DARI RUMAH INI DAN KAMU TIDAK AKAN KEMBALI LAGI !

3-WAHAI ANAK ADAM ,WAHAI MAYAT!,...NAIKILAH KUDA !

IANYA BERERTI ORANG YANG MATI ITU MULIA.

KETIKA JENAZAH DIATAS USUNGAN,MAKA IA DIPANGGIL LAGI DENGAN 3 KALI JERITAN :

1-WAHAI ANAK ADAM ,WAHAI,MAYAT!,...SANGAT BERBAHAGIALAH KAMU JIKA KAMU TERGOLONG DI KALANGAN ORANG YANG BERTAUBAT !

2-WAHAI ANAK ADAM,WAHAI MAYAT!,...SANGAT BERBAHAGIALAH KAMU JIKA AMALMU BAIK

3-WAHAI ANAK ADAM,WAHAI MAYAT!,...SANGAT BERBAHAGIALAH KAMU JIKA SAHABATMU DALAM KEREDHAAN ALLAH DAN CELAKALAH KAMU SEKIRANYA PARA SAHABATMU DIKALANGAN ORANG YANG DIMURKAI ALLAH!

KETIKA JENAZAH BERADA DISISI KUBUR,IANYA DIPANGGIL UNTUK KESEKIAN KALINYA DENGAN 3 KALI JERITAN:

1-WAHAI ANAK ADAM,WAHAI MAYAT!,...BUKANKAH KAMU MENAMBAH DAMAI DI TEMPAT YANG SEMPIT INI?

2-WAHAI ANAK ADAM,WAHAI MAYAT!,...SUKAKAH KAMU KAMI BAWA KE TEMPAT YANG PENUH KEFAKIRAN INI?

3-WAHAI ANAK ADAM,WAHAI MAYAT!,...BUKANKAH KAMU MEMBAWA CAHAYA DI TEMPAT YANG GELAP INI?

KETIKA JENAZAH DILETAKKAN DI DALAM LIANG LAHAT,MAKA IA DIPANGGIL LAGI DENGAN 3 KALI JERITAN :

1-WAHAI ANAK ADAM,WAHAI MAYAT!,...KETIKA KAMU DIATAS PUNGGUNGKU { DI ATAS BUMI KETIKA HAYATNYA } BERSENDA GURAU TETAPI KAMU DI DALAM PERUTKU AKAN MENANGIS!

2-WAHAI ANAK ADAM,WAHAI MAYAT!,...KAMU DI ATAS PUNGGUNGKU BERGEMBIRA RIA,TETAPI DI DALAM PERUTKU AKAN MENJADI CEMAS DAN DUKA !

3-WAHAI ANAK ADAM,WAHAI MAYAT!,...KAMU DI ATAS PUNGGUNGKU DAPAT BERBICARA,TETAPI KAMU DI DALAM PERUTKU MENJADI DIAM.

WALLAHU'AKLAM,...

KAMUS MUKMIN : 4

4 TANDA ORANG CERDIK
1-berani menempuh cabaran
2-pandai bermanis muka dengan musuh
3-pandai melihat kesempatan
4-dapat menimbang pertimbangan orang lain

4 TANDA ORANG BERIMAN
1-meninggalkan maki
2-menjauhi menyakiti hati orang
3-segera memberi keampunan
4-teliti menjauhkan hukuman

4 TANDA ORANG BERAKAL
1-cinta pada ilmu
2-tidak berubah muka ketika menerima umpatan dan kejian
3-bagus jawabnya
4-banyak benarnya

4 TANDA ORANG RENDAH
1-membuka rahsia
2-pendendam
3-pengumpat
4-memburuk2kan kawan

4 PERKARA MENIMBULKAN CINTA
1-muka jernih
2-sentiasa sudi menghulurkan pertolongan
3-sudi menghindarkan sebarang selisih faham
4-menjauhi sifat/sikap munafik/hipokrit

4 PERKARA MEMBAWA KEUNTUNGAN
1-benar perbicaraannya
2-malu melakukan pekerjaan yang tidak baik
3-baik budi pekertinya
4-suka berterima kasih

4 PERKARA YANG HARUS DIJAGA
1-teguh menjaga kehormatan
2-redha menerima sedikit
3-berbuat kebaikan setiap hari
4-sentiasa memelihara lidah

4 SEMPURNA DENGAN 4
1-ilmu dengan lapangan
2-agama dengan taqwa
3-amal dengan niat
4-kemuliaan dengan kelebihan

4 MACAM PENCARIAN
1-permulaan akal ;orang yang hidup dengan bertani
2-pertengahan akal;orang yang hidup berdagang
3-penghabisan akal ;orang yang hidup membunuh
4-kehilangan akal ;orang yang mencari yang tidak halal

4 KEBINASAAN MEMUJI
1-bahawasanya yang memuji itu berlebih2an sehingga ia berdusta
2-menzahirkan cinta kepada yang disayangi sehingga menimbulkan riak
3-orang yang memuji tetapi tidak yakin dengan pujiannya
4-orang yang memuji hanya untuk mendapatkan sesuatu untuk kepentingan diri.


--Tidak berdiri { datangnya } Hari Kiamat sehingga berdekatan zaman { masa } maka adalah:
i-setahun serasa seperti sebulan;
ii-sebulan serasa seperti seminggu;
iii-seminggu serasa seperti sehari;
iv-sehari serasa seperti sesaat ;
v-sesaat serasa seperti skilas nyalaan api. { SABDA NABI S.A.W. }

Rabu, 18 Mac 2009

PSIKOLOGI CINTA:MENILAI SENI CINTA SEJATI

Kebanyakan org mungkin percaya bahawa cinta tidak diikat oleh seni,malah ada juga yg beranggapan bahawa cinta lebih tinggi dari segala peraturan.Sdgkan pada hakikatnya cinta tetap ada seninya bagi membezakannya dgn perkara yg lain.Semakin tinggi seni cinta itu dipraktikkan,maka semakin tinggi jugalah nilai cinta itu .Ini krn sesungguhnya nilai estetika cinta itu tidak boleh dipisahkan dari nilai etikanya krn sekiranya dipisahkan ,maka cinta itu menjadi seakan tidak sempurna,cacat,tempang dan sbgnya.
Ada beberapa cara utk mempraktikkan seni cinta sejati:

-- Cinta sejati itu tidak buta krn ianya dikurniakan kpd makhluk yg berakal.Ini krn cinta juga memerlukan akal bagi menilainya dari sudut etikanya.

-- Cinta itu bukanlah segala2nya,krn walau ianya sepenting mana sekalipun dlm sesuatu kehidupan,iman adalah lebih penting berbanding cinta krn dgn adanya iman,barulah anda boleh mencintai seseorg dgn cinta sejati.Cinta memerlukan akal krn cinta juga tergolong kpd perihal nafsu.

-- Cinta perlu kpd pedoman,matlamat yg betul serta peraturan krn tanpa peraturan,matlamat serta peraturan yg sewajarnya,cinta menjadi buta dan tiada arah tuju.Cinta sejati memerlukan pedoman ,matlamat serta peraturan yg betul,lebih2 lagi jika berlandaskan ISLAM.

-- Cinta itu adalah suatu amanah di mana ianya bukanlah hak anda sebagaimana halnya dgn diri anda .Adalah tidak wajar sekiranya anda menjadikan amanah utk memusnahkan ataupun memungkiri suatu amanah yg lain.

-- Cinta sejati itu bersifat mutlak.Ianya membawa maksud,walaupun anda menyintai kekasih anda ,ianya sbrnya hanya sebhgn dari cinta yg menyeluruh.Cinta sejati sejati yg mutlak adalah kpd ALLAH SWT.,cinta kpd diri anda,cinta kpd kedua org tua anda ,cinta kpd sesama manusia ,cinta kpd agama sambil pada masa yg sama cinta kpd kekasih anda.
Krn sifatnya yg mutlak dan menyeluruh itu jugalah,maka cinta sejati akan menjadi lebih adil krn ianya meletakkan cinta pada yg berhak utk dicintai malah setakat mana patut dicintai.Ianya juga tidak melebihkan cinta kpd kekasih shj hinggakan lupa kpd cinta yg lain.

-- Cinta sejati tidak perlu disebut.Ianya khas utk anda.Ianya bukan hakmilik org lain,malah jika anda memberikan cinta sejati anda kpd seseorg,tidak semestinya ianya di balas dgn cinta sejati yg sama yg anda berikan kpdnya.Pun begitu anda tidak perlu kecewa sekiranya cinta tidak berbalas ataupun berbalas tidak spt yg anda harapkan krn anda tahu anda bercinta di bwh naungan ALLAH SWT,yg sudah pasti akan membalas setiap kebaikan,kejujuran ,keikhlasan serta kesetiaan cinta sejati anda dgn ganjaran yg langsung tidak dijangka.

-- Cinta yg anda nikmati,meskipun sedikit,dgn kesabaran adalah lebih membahagiakan anda krn anda tidak perlu gelojoh dlm cinta.Ini krn jika anda gopoh dan gelojoh,apa yg anda kecapi hanyalah bersifat sementara shj krn apa yg menanti selepas itu adalah kedukaan dan kekecewaan sepjg hayat.
-- Merasai cinta sejati terhadap kekasih ialah takrifan nikmat cinta peringkat kedua,yg cukup sederhana sifatnya serta tidak melampau.Ini krn jika anda tidak terlalu terbawa2 oleh perasaan cinta anda yg sejati,sekurang2nya anda masih boleh membuat pertimbangan yg wajar dan rasional.

-- Sekiranya kecewa d;m bercinta,jgn mudah berputus asa krn rahmat ALLAH SWT masih ada utk ada .Cubalah kecapi dan nikmati betapa beruntungnya anda memperolehi segala yg dikurniakanNYA kpd anda .Dari situ,sentiasalah bersyukur kpdNYA.

-- Sentiasa jgn bertindak mendahului ketentuan ,krn anda perlu byk bersabar dlm bercinta .Apabila sampai masanya kelak,anda akan dihalalkan membuktikan cinta anda,buktikanlah ketulusan cinta anda itu,lebih2 lagi cinta sejati.

-- Sekiranya anda bercinta sbl berkahwin,layanilah sekadar perlu shj krn yg penting adalah menikahi kekasih anda .Di dlm ertikata lain menerima cintanya krn pernikahan adalah ikatan cinta.

-- Seandainya anda bercinta sbl berkahwin dan kekasih anda mahu merosakkan diri anda ,jauhilah dia malah tidak perlu rasa kesal sekiranya kehilangannya.Mudah2an anda akan mendpt kekasih yg jauh lebih baik,jujur serta lebih memahami cinta sejati dan tulusnya terhadap anda.

-- Manifestasikanlah cinta anda setelah anda mendirikan rumah tangga dgn kekasih anda itu .Sentiasalah berdoa agar cinta anda dgnnya diberkati oleh ALLAH SWT dan sentiasa beroleh rahmat dariNYA.Juga sentiasalah memohon kpdNYA agar dikurniakan nikmat cinta sejati yg tiada taranya.

Sesungguhnya cinta sejati mahupun cinta suci itu tidak buta.Ianya sentiasa celik malah kecelikkan cinta itu dpt mencelikkan pula yg lain .Sebaliknya cinta yg buta adalah cinta yg penuh noda,nafsu dan kemaksiatan.Cinta yg buta itu adalah buta segala2nya.Buta ttg cara dan peraturan cinta ,buta ttg tanggungjawab cinta,buta ttg hikmah cinta,malah lebih teruk lagi adalah buta ttg hakikat diri.Cinta yg buta adalah cinta yg tidak sempurna bahkan cacat.
Sayangnya dewasa ini ramai yg suka kpd cinta butacinta yg penuh nafsu dan noda ,hingga membiarkan dirinya hanyut dan tenggelam di bawa arus gelombang kecewa dan kehancuran hidup lantaran kemudiannya barulah menyedari cinta yg dialaminya itu adalah Cinta Buta.
Cinta sejati bukanlah spt cinta Qais dan Laila,Romeo dan Juliet sebaliknya cinta sejati adalah spt cinta RASULLULLAH SAW dan KHADIJAH,atau Saidina ALI Kw. dan Fatimah Ra.Namun cinta sejati yg paling agung sudah pastilah diantara hamba dgn Penciptanya.

Rabu, 11 Mac 2009

IKTIBAR 3: PERKARA YANG KAMU TIDAK MAHU PASTI AKAN TIBA

Perkara yg kamu tidak mahu pasti akan tiba,
Yg kamu tidak tahu bila masa dan ketikanya dan di mana tptnya,
Itulah mati yg kamu benci,malah menyebut pun kamu tidak suka,
Tetapi tidak sedar kaki manusia pasti akan melangkah menuju ke sana,

Itulah mati,
Tetapi ianya bukanlah penghujung hidup,ia hanyalah perpisahan
Di antara 2 alam
Alam menanam dan alam menuai,
Tinggal di sempadan sementara waktu,
Alam barzakh namanya,
Yang tidak diukur oleh masa lagi
Di sana kamu akan makan sepuas2nya

Tahukah apa yang akan kamu makan?
Yakni lihatlah apa yang kamu tanam hari ini!


HADIRNYA TANPA JANJI

Maut datang tidak berkaki,
Tibanya tidak bersuara,
Ia menemui kita tidak ada berjanji,
Ia boleh sampai bila2 masa,
Tidak kira siang atau pun malam,pagi atau pun petang,
Atau apakah kita suka ataupun sebaliknya

Dia datang,
Tidak kira kpd siapa,
Kpd raja?
Kpd si kaya?
Kpd yg berkuasa?
Kpd yg papa kedana?
Kpd yg mengingati-NYA?
Atau kpd yg tidak memperdulikannya?
Tunggulah kedatangannya dgn penuh siap siaga dan waspada,
Tatkala maut menjemput kita,
Pastikan kita sudah bersedia menerima kedatangannya!

KEMATIAN SEBAGAI PENGAJARAN

Di mana jua kita pergi,
Di dalam negeri ataupun di luar negara,
Sering melihat tanah perkuburan,
Di tepi2 jln,
Di sempadan hutan,
Ada yg indah bagaikan taman ,

Ada yg jelik tidak dibersihkan ,
Ada yg lama,
Ada yg baru,
Berceracakan batu2 nisan tersusun dan teratur,
Nama2 org yg di bwhnya kita tak tahu,
Apakah di dalamnya taman 2 syurga,
atau salah satu dari lubang2 neraka!

Tanah perkuburan bagaikan masih lagi tidak menjadi pengajaran
Pada hal kita juga pasti akan ke sana ,
Meninggalkan dunia yg dicintainya.

MATI

Sampai waktu
Ajal pasti akan datang,
Malaikat maut pasti segera menjelang,
Dicabut nyawa tidak terbilang,
Terasa sakitnya bukan kepalang,

Mati itu terlalu perit,
Di dalam kubur terlalau sempit,
Ular dan kala datang menggigit,
Papan dan bumi pula menghimpit,

Masuklah mayat ke dalam bumi,
Mungkar dan Nakir tanyakan diri,
Tiada terjwb amalan sendiri,
Di pukul malaikat ke dasar bumi,

Setelah dikubur baru menyesal,
Teringat diri berbuat dosa,
Teringat diri tidak beramal,
Tidak mungkin lagi kembali ke dunia,

Mati itu terlalu lazat,
Bagi Syuhada di medan jihad,
Oleh itu wahai sahabat,
Iman di dada perlu dipertingkat.

MATI 2

Peristiwa kematian adalah sesuatu yang ngeri,
Menggerunkan dan meremangkan bulu roma,
Benci menyebutnya pada sesetgh manusia,
Hiburan pada yang lain pula,

Mati menggerunkan dan mengerikan ,
Perpisahan dari Alam Fana buat selama2nya,
Berhadapan dengan alam yang abadi,
Gerun sekali kematian itu,

Isteri akan menjadi balu,
Suami akan menjadi duda,
Ibu ayah kehilangan cahaya mata,
Anak menjadi yatim piatu,
Mentua kehilangan menantu,
Menantu kehilangan mertua,
Rakan kehilangan sahabat,
Murid kehilangan guru,
Rakyat kehilangan pemimpin,...


RAINSTORM

MUHAMMAD S.A.W. : RAHMAT SEKELIAN ALAM

Suatu cahaya terbit dari Cahaya Yang Maha Ghaib

Cahayanya lebih terang daripada cahaya2 yang lain

Ianya bagaikan suria yang menyinarkan cahaya yang lebih terang

Daripada segala cahaya bintang yang lain

Ianya sebuah suria yang rumahnya di langit

ALLAH namakan dia Ummi{ tidak tahu membaca dan menulis }

Badannya berada di Mekah

Ia tidak berkata2 kecuali menurut pandangan batinnya

Ia tidak menyuruh orang menurut pandangan batinnya

Ia tidak menyuruh orang menurut perangainya

kecuali kerana perangainya itu benar belaka

Ia duduk di majlis Yang Maha Esa

Ia membawa orang lain duduk bersamanya

Ia menyampaikan maklumat daripada apa yang dilihatnya

Ia di utus sbg pembimbing manusia

Ia menunjukkan akhlak yang patut dicontohi semua

Tiada sesiapa yang tahu hakikatnya

Kecuali mereka yang ikhlas dan mengenalinya

ALLAH menunjukkan hakikatNYA kepada sesiapa yang dikehendakiNYA

Cahaya kenabian terbit dari cahayanya

Cahayanya terbit daripada Yang Maha Bercahaya

Tidak ada cahaya lain seterang cahayanya

Wujudnya mendahului 'sebelum wujud'

Namanya mendahului qalam Al-A'la

Tidak ada yang lebih mulia,lebih bijaksana ,lebih adil, lebih pengasih

Malah lebih taqwa daripadanya

Gelarannya Penghulu Segala Makhluk

Namanya Ahmad,sifatnya Muhammad

Ajarannya jelas,zat dirinya agung,sifatnya hebat

Dia dahulu dan dia sekarang

Dia yang awal dan dia yang akhir

Ia dikenangi sebelum adanya 'sebelum'

Ia diingati selepas adanya 'selepas'

Zatnya Nur

Kata2nya bersifat kerasulan

Ilmunya bersifat kelangitan

Tutur dan cara bahasanya bahasa Arab

Asal bangsanya 'bukan dari Timur dan bukan dari Barat'

Mata melihat jelas tanda2nya

Rahsia diri terserlah oleh adanya ia

ALLAHlah yang menbuatkan ia berkata2 dan membuktikan kesahihan kata2nya

ALLAHlah yang mengutusnya

Dialah bukti dan dialah juga yang dibuktikannya

Dia menghilangkan dahaga hati yang kedahagaan

Dialah yang membawa kalam ILLAHI untuk semua makhluk

Ia 'bersatu' dengan ALLAH tanpa bercerai tanggal

Ia menghapuskan kegelapan hati dan menyinarkan Nur KeTUHANan kepada minda insan

Ia terbatas dan terhad dari segi badaniah

Ia perwira yang gagah perkasa

Ia menerima perintah menghancurkan berhala

Ia menyedarkan manusia siapa musuh sebenarnya

Semua ilmu adalah setitis air dari lautan ilmunya

Segala hikmah hanya segelas air dari lautan hikmahnya

Semua waktu hanya seketika daripada tempoh hayatnya

ALLAH beserta dengannya sentiasa

Ia terawal sekali dalam kesatuannya dengan Yang Maha Esa

Ia terakhir sekali diutus sebagai Rasul

Dari segi hakikat,ianya batin

Dari segi makrifat,ianya zahir

Tidak ada si alim yang menyamai ketinggian ilmunya

Tidak ada filasuf yang mencapai ketinggian hikmahnya

ALLAH tidak menyerahkan hakikat wujud diriNYA kepada makhluk

Kerana makhluk itu makhluk,tetapi ada wujud ALLAH pada makhluk itu

Namun ALLAH tetap ALLAH

Tidak ada yang keluar dari huruf MIM daripada MIM HA MIM DAL

Dan tidak ada yang masuk ke dalam huruf HA dan HA sama dengan MIM yang kedua

Dan DAL sama dengan MIM yang pertama

DALnya adalah kekekalannya,MIMnya adalah pangkatnya,

Dan HAnya adalah hal kerohaniannya dan begitu juga dengan MIMnya yang kedua itu

ALLAH menjadikan kata2nya terzahir

Dan memperluaskan tanda2nya dan membuatkan buktinya diketahui

ALLAH menurunkan AL-FURQAN kepadanya

ALLAH melancarkan lidahnya berkata2

ALLAH menerangkan segenap ruang dan isi hatinya

Tiada siapa yang dapat meniru sisi serta seisi AL-QURAN yang di bawanya

Jika anda lari daripadanya

Apakah ada pembimbing lain yang sempurna yang dapat menunjuki 'jalan'kepada ALLAH?

Pandangan filasuf adalah ibarat sebutir pasir di Gurun Sahara

Tetapi pandangannya adalah Gurun Sahara itu sendiri!


{ SYEIKH ABU MUGHIS HUSSEIN BIN MANSUR AL-HALLAJ }

Khamis, 12 Februari 2009

PSIKOLOGI CINTA: MELESTARIKAN CINTA ANDA

Melestarikan cinta antara pasangan memang mudah jika kena dgn cara2nya.Cinta antara pasangan ,ada yg sehaluan namun tak kurang yg mengundang pelbagai masalah dlm perhubungan.Ukuran cinta seseorg wanita tidak bemestinya bersandarkan pada paras rupa ataupun harta semata2 bahkan ketulusan ,kejujuran ,keikhlasan ,pandai berkomunikasi ,prihatin dgn sikap mengambil berat lelaki ke atas wanita cukup di dambakan oleh golongan hawa.Namun adakah semua lelaki memahami naluri halus seseorg wanita? Kebykan lelaki sukar menelah kehendak dan keinginan yg tersirat di hati seseorg wanita jika mrk tidak belajar mengenal nilai , sikap ,kehendak naluri , keinginan , keperluan ,apatah lagi dari segi aspek psikologi wanita itu sendiri.
Adakalanya wanita menangis sendirian krn teringatkan lelaki yg disayangi ,ttp sesetgh dari golongan lelaki bagaikan tidak memperdulikan malahan ada di antaranya tidak menghargai kasih sayang yg di curahkan.Fahamilah setiap kehendak dan perasaan serta pemikiran wanita sbl anda menilai wanita itu sendiri.Luhurnya sesebuah percintaan bukan hanya bersandarkan pada paras rupa sebaliknya pemahaman,penghargaan lelaki terhadap perasaan wanita ,kasih sayang serta kesetiaan yg tidak berbelah bahagi sememangnya lebih bererti dan bermakna mengatasi segala2nya.

=*=Apabila seseorg wanita mengatakan dia sdg bersedih,,ttp tidak menitiskan airmata,itu bermakna yg dia sdg menangis dlm hatinya.

=*=Apabila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya,lebih baik berikan masa utknya menenangkan hati sbl anda meminta maaf.

=*=Ada sesetgh wanita sukar mencari perkara yg dibenci mengenai org yg paling disayanginya { sebab itulah ramai juga wanita yg patah hati apabila hubungan putus di tgh jln }

=*=Sekiranya seseorg wanita jatuh cinta dgn seorg lelaki, lelaki berkenaan akan sentiasa berada di dlm fikirannya walaupun ketika dia sdg keluar dgn org lain.

=*=Apabila seseorg lelaki yg dia suka,minat dan cinta merenung tajam ke arahnya{ lebih2 lagi tepat ke matanya, wanita itu akan mencair ibarat coklat}

=*=Wanita memang sukakan pujian ttp lazimnya mrk tidak tahu macam mana hendak menerima pujian,...atau pun mungkin akan mencair juga kot dek tak dpt menampung limpahan pujian yg diterima { meskipun mungkin ada di antara pujian2 berkenaan mengandungi maksud tersirat }

=*=Jika anda tidak suka dgn wanita yg sukakan anda setgh mati,tolaklah cintanya dgn berhemah dan lembut.Jika sebaliknya,{ mahupun jika mrk sendiri tidak dpt menerimanya } mrk sanggup melakukan apa shj.

=*=Sekiranya seseorg wanita mula menjauhkan diri dari anda setelah anda menolak cintanya, biarkannya utk seketika.Sekiranya anda masih ingin menganggapnya sbg seorg kawan ,cubalah menegurnya secara perlahan2.

=*=Wanita cukup gemar meluahkan apa yg mrk rasakan .Sbg contoh mrk akan menginterpretasikannya melalui muzik,puisi,lukisan,penulisan dan sebagainya.

=*=Jgn sesekali menempelak seseorg perempuan apatah lagi menuduhnya sbg langsung tak berguna.
=*=Bersikap terlalu serius akan mematikan selera wanita.

=*=Apabila pertamakali lelaki yg dicintainya dlm diam memberikan tindakbalas positif,misalnya menghubunginya melalui telefon, seseorg wanita kebiasaannya pasti akan bersikap acuh tak acuh, jual mahal malah seolah2 tidak berminat ttp sebaik shj gaggang diletakkan ,mrk pasti akan menjerit kegembiraan dan dlm masa terdekat semua rakannya2 akan mengetahui perihal berkenaan.

=*=Sekuntum senyuman memberikan sejuta makna bagi seseorg wanita ttp jgnlah senyum sembarangan ,nanti dicop yg bukan2 pula!

=*=Jika anda menyukai seseorg wanita,cubalah memulakannya dgn sebuah persahabatan,kemudian biarkan dia mengenali diri anda dgn lebih mendlm.

=*=Jika seseorg wanita memberi pelbagai alasan sekiranya di ajak keluar,tinggalkan dia sebab itu tandanya dia mmg tidak berminat,ttp jika pada masa yg sama dia masih menghubungi anda dan menunggu panggilan anda,teruskanlah usaha anda memikatnya.

=*=Jgn sesekali mengagak apa yg dirasakannya sebaliknya tanyalah pada yg empunya badan.

=*=Selepas seseorg wanita jatuh cinta,dia seringkali tertanya2 ,mengapa tidak bertemujanji dgn lelaki itu terlebih awal.

=*=Sekiranya anda masih tercari2 cara yg paling romantik utk memikat seorg wanita,rajin2lah membaca buku2 cinta,terutamanya berbentuk motivasi.

=*=Bekas teman lelaki seseorg wanita itu akan sentiasa berada di dlm fikirannya ,ttp lelaki yg dicintainya skrg akan berada di tpt yg cukup istimewa iaitu di hatinya.

=*=Satu ucapan HAI shj sudah cukup menceriakan harinya.

=*=Teman baiknya shj yg mengetahui apa yg sdg dirasa,dilalui dan dialami oleh seseorg wanita itu.

=*=Wanita paling benci lelaki yg berbaik2 dgn mrk semata2 utk memikat rakan mrk yg paling cantik.

=*=CINTA bermaksud kesetiaan,ambil berat,kejujuran,memahami dan membahagiakan tanpa sebarang kompromi.

=*=Semua wanita mahukan seorg lelaki yg menyintai mrk dgn sepenuh hati.

=*=Senjata utama wanita adalah AIRMATA!

=*=Wanita suka jika sesekali org yg disayanginya mengadakan kejutan krn ini akan membuatkan mrk rasa terharu krn terasa diri dicintai dan dihargai dgn setulus hati.

=*=Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yg cukup mengambil berat serta baik terhadap mrk.

=*=Sebenarnya mudah mengambil hati seseorg wanita krn apa yg mrk mahu hanyalah perasaan diri disayangi dan dicintai dgn sepenuh jiwa.


Selasa, 10 Februari 2009

IKTIBAR 2 : WASIAT NABI ADAM AS.

Nabi Adam AS spt yg diketahui adalah manusia pertama di muka bumi.Diriwayatkan bahawa baginda ada berwasiat mengenai LIMA perkara kpd anaknyadan menyuruh anaknya mewasiatkan perkara itu kod cucu-cicit baginda sekaligus waris keturunan baginda yg seterusnya.

1} -JGNLAH KAMU BERASA SERONOK DAN TENANG DGN DUNIA INI KRN KETIKA AKU BERASA SERONOK DAN TENANG DGN SYURGA ALLAH ,ALLAH TIDAK REDHA DAN MENGUSIR AKU KRN KETERLANJURANKU.

2}-JGNLAH MENURUT HAWA NAFSU WANITA KRN SESUNGGUHNYA GARA2 AKU MENURUTI HAWA NAFSU WANITA,AKU TERMAKAN BUAH LARANGAN DI SYURGA DAN KEMUDIAN AKU MENYESAL.

3}-SETIAP AMALAN YG DIKERJAKAN HARUSLAH DIFIKIRKAN AKIBATNYA TERLEBIH DAHULU KRN SEANDAINYA AKU SEDAR,TENTU AKU TIDAK AKAN MENERIMA KESAN AKIBAT ITU.

4}-JIKA HATI TIDAK TENANG,HINDARILAH SETIAP PERBUATAN,SEBAB KETIKA AKU MEMAKAN BUAH LARANGAN,HATIKU BERGONCANG TTP AKU TIDAK MENGHIRAUKANNYA SEHINGGA AKHIRNYA AKU MENYESAL.

5}-BERBINCANG DAN BERMUSYAWARAHLAH DLM SEMUA URUSAN KRN JIKA AKU BERMUSYAWARAH DGN MALAIKAT,AKU TIDAK AKAN TERKENA AKIBAT ITU.




Sesungguhnya ALLAH SWT.telah mengurniakan umat Nabi Muhammad SAW EMPAT macam kemuliaan yg tidak diberikanNYA kpdku:

1}-BAHAWA DITERIMA ALLAH TAUBATKU DI MAKKAH SDGKAN UMAT NABI MUHAMMAD DPT BERTAUBAT DI MANA2 SHJ ,MAKA ALLAH AKAN MENERIMA TAUBATNYA.

2}-BAHAWA AKU PADA AWALNYA MEMPUNYAI PAKAIAN,KETIKA AKU BERBUAT DERHAKA, MAKA ALLAH MENJADIKANKU TELANJANG SDGKAN UMAT NABI MUHAMMAD ,KADANGKALA BERBUAT DOSA DLM KEADAAN TELANJANG,NAMUN ALLAH TTP MEMBERIKANNYA PAKAIAN.

3}-KETIKA AKU BERBUAT DOSA,MAKA ALLAH MEMISAHKAN AKU DRPD ISTERIKU,SDGKAN UMAT NABI MUHAMMAD BERBUAT DOSA,NAMUN TTP DPT BERADA DI SAMPING ISTERINYA.

4}-BAHAWA KETIKA AKU BERBUAT DOSA DI DLM SYURGA,MAKA ALLAH KELUARKAN AKU DARI SYURGA,SDGKAN UMAT NABI MUHAMMAD KETIKA BERBUAT DOSA DILUAR SYURGA,TTP ALLAH TETAP MEMASUKKANNYA KE DLM SYURGA JIKA IA BERTAUBAT.

{ NABI ADAM AS. }


PSIKOLOGI CINTA: PERASAN DICINTAI DAN MENCINTAI

Apabila kita jatuh cinta,tiba2 shj membuatkan hidup kita berubah.Hidup tak semena2 menjadi indah dan berwarna-warni malah cara berfikir,merasa,melihat bahkan apa saja bertukar corak.Segala2nya menjadi begitu nikmat dan mempesonakan .

Sebenarnya kesediaan utk bercinta ada pada setiap org.Keadaan ini berlaku apabila dlm diri kita berlaku saat ketika kita mengalami perasaan inginkan cinta.Ertinya ketika itu kenikmatan hubungan yg bermakna belum lagi kita kecapi lantaran kita tidak bahagia dgn kehidupan pada waktu itu,lalu jika ada insan yg mencintai kita,maka hasrat yg selama ini membeku,tiba2 shj mencair dan mengalir memenuhi segala keperluan cinta kita.Dan lagi,utk jatuh cinta, kita haruslah bertemu dgn org yg mampu memenuhi citarasa kita krn dlm hal ini sekiranya keperluan2 asas kehidupan spt kasih sayang,status seks serta aspek material belum mencukupi,kita ttp tidak cerewet utk jatuh cinta,namun ironinya sekiranya semua itu telah sedia ada,kita akan memilih pula,ttp pastikan pemilihan itu mengikut keperluan2 khusus spt yg kita kehendaki.

Dlm situasi kita memerlukan cinta juga,apabila tiba2 seseorg muncul dlm hidip kita,emosi kita akan mengalami perubahan secara mendadak dgn pelbagai serta segala macam perasaan dan nafsu yg kuat dan mendlm akan tertumpu pada org itu.Hidup kita secara tiba2 menjadi seronok dan mengasyikkan.Di situ juga tembok emosi kita pecah dan cinta perasaan cinta akan mengalir mencurah2.Keperluan yg selama ini kita idam2kan secara tiba2 mendesak agar ianya dipenuhi.Lalu kita percaya bahawa org yg kita cintai itu dpt memenuhi segala keinginan dan keperluan kita dan pada saat ini ,kita spt terhumban ke dlm jurang yg amat dlm.Kita tidak mampu menahannya.Segala2nya membuatkan kita gagal mengawal diri kita dan ianya tertumpu sepenuhnya terhadap insan yg kita cintai itu.
Dlm percintaan,kebimbangan utama yg sering dialami ialah takut kehilangan cinta atau takut tidak mendpt cinta sepenuhnya.Akibatnya lahirlah perasaan cemburu di mana kita kurang yakin dgn diri sendiri malah kita merasakan segala2nya tidak selamatdan kita merasa begitu terancam sekali.

Sememangnya kita tahu ,org yg kita cintai boleh meninggalkan kita pada bila2 masa shj dan dia boleh mendptkan org lain yg jauh lebih hebat drpd kita juga pada bila2 masa shj.
Sesungguhnya tiada pengalaman yg lebih menyakitkan ,menyayat serta memilukan selain drpd pengalaman ditinggalkan oleh org yg kita cintai begitu shj.Kepedihan itu sememangnya boleh membunuh seluruh semangat kita dlm meneruskan kehidupan ini.Kita bimbang sekiranya perkara sedemikian terjadi ke atas diri kita,kita akan menjadi serba-salah dan tidak berdaya.Akibatnya kita semakin bergantung emosi kpdnya selain amat mengharapkan cintanya.

Jatuh juga membuatkan kita bagaikan gila dan mabuk kepayang,tidak keruan .Ianya juga akan membuatkan kita sentiasa berhati2 dan teliti dlm membaca setiap perasaan org yg kita cintai itu.Secara automatiknya kita menjadi pakar dlm menelah serta menafsir percakapan serta gerak-geri org.Ada ketikanya kita tidak lagi memperdulikan apa yg kita lihat mahupun dengar.Kita menganggap segala2nya fitnah atupun khabar angin.Namun apabila cinta kita berakhir dgn kegagalan,barulah kita sedar,barulah kita menerima hakikat bahawa sejak awal2 lagi sudah ternampak tanda2 negatif di dlm perhubungan kita itu namun waktu itu kita tidak menghiraukannya.Di dlm ertikata lain kita telah dibutakan oleh cinta kita kpdnya.

Bila kita dilanda cinta,kita sering mengawasi segala perlakuan dan tindak-tanduk org yg kita cintai .Kita juga seringkali menghitung dan mencatat berapa lama dia tidak menelefon,berapa kali dia membalas panggilan kita,bila kali terakhir dia bertemujanji dgn kita,apa yg dia kata,apa yg dia buat dan sebagainya lagi .Kita menjadi lebih peka malah menjadi lebih tajam dlm mengesan tanda2 samada dia semakin menyintai kita atau semakin menjauhkan diri dari kita.Segala2nya kita perhati dan fikirkan .Begitu pun pandangan kita hanya lebih peka dan tajam kalau kita benar2 belum menyerahkan sepenuh hati kita kpdnya.Dlm keadaan yg belum lagi rapat,jika kita ternampak akan ada tanda2 dia mahu mengundurkan diri,segeralah kita memutus atau pun menamatkan hubungan itu agar tidak terlalu kecewa di kemudian hari.



SEKILAS MADAH CINTA

---Cinta ibarat hembusan nafas utk sebuah binaan kehidupan demi menjana kebahagiaan serta kerahmatan utk Hari Akhirat,meninggalkan cinta bererti mensia2kan nikmat dan anugerah ILLAHI krn cinta adalah sebhgn drpd naluri insani yg ingin bercinta dan dicintai.---

---Cinta tidak buta bahkan suci tetapi org yg bercinta itu yg sbrnya buta---HAMKA.

---Hidup tanpa cinta spt makanan tanpa garam,oleh itu kejarlah cinta spt mana kamu mengejar masa dan apabila kamu sudah mendpt cinta itu,jagailah ia spt mana kamu menjaga dirimu.---



PSIKOLOGI CINTA : MAGNETIK CINTA

Perempuan mudah tertarik kpd lelaki yg memberi perhatian ,penghargaan dan penghormatan kpd mrk.
Bagaimana pula wanita memberikan tafsiran cinta mrk terhadap lelaki?Biarpun wanita dan lelaki diciptakan ALLAH dlm bentuk yg berbeza,namun hakikatnya cinta tidak mampu dinafikan sesiapa.
Renungilah perkara berikut yg boleh mendorong seseorg itu utk terpikat diantara satu sama lain:

---Semua org ada jodoh atau pasangan menanti yg biasanya tidak jauh dari kita.Jarang seseorng itu bertemu jodoh yg berada jauh darinya.

---Jodoh itu ketentuan ALLAH dan kita wajib berusaha.Doa ,usaha yg betul,ikhlas dan bersungguh2 disertai dgn tawakkal ,INSYA'ALLAH akan menemukan diri dgn pasangan.

---Ramai org masih belum bertemu jodoh krn mudah patah semangat.Maka teruskan usaha sehingga bertemu jodoh.

---Seimbangkan hidup dgn sempurna supaya diri menjadi spt magnet cinta yg menarik bakal pasangan kpd diri anda.

---Daya tarikan yg sebenar terletak di hati yg suci murni serta tulus ikhlas,maka berusahalah utk memastikan hati itu sentiasa terhindar drpd perkara2 serta perasaan yg .
negatif

---Utk memudahkan org menyayangi diri anda,bersihkanlah hati dgn menjaga ibadah ,solat taubat,beristighfar,membaca Al-Quran ,sentiasa terbuka hati utk memaafkan org lain,bersedekah serta sentiasa berfikiran positif.

---Sayangilah semua org yg ada di samping anda dan anda akan menarik kasih sayang kpd anda,yg mana jika anda membenci seseorg,ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.


---Mrk yg sdg mencari pasangan harus sentiasa bersedia utk bertemu dgn pasangannya pada bila2 masa.Justeru itu pastikanlah diri agar sentiasa menarik krn tanggapan pertama adalah paling penting.

---Utk lelaki,tarikan pertama ialah pakaiannya.Utk perempuan ,wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama.

---Bukalah hati dan mindautk menerima cintakrn cinta boleh berputik dan bermula bila2 masa shj bahkan cinta juga mudah dtg kpd mrk yg sentiasa bersedia utk menerima cinta


---Cinta dtg melalui mata lalu turun ke hati.Justeru,perhebatkanlah hubungan mata dgn memandang bakal pasangan dgn penuh kasih sayang.

---Hantarlah kasih sayang anda yg tulus ikhlas terhadap pasangan dgn gelombang fikiran secara berterusan sehingga berjaya.

---Ramai yg terlepas peluang dan patah hati sebab terlewat menyatakan hasrat kpd bakal pasangan .

---Tidak salah bagi wanita memulakan usaha perkenalan .Lelaki akan sentiasa merasakan bahawa mrk yg perlu memulakan sesuatu perkenalan walaupun sebenarnya wanita pun boleh memulakannya.

---Berkomunikasilah dgn mesra dan sempurna dan bersemangat menggunakan lidah,mata,hati serta bahasa badan .Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan pada bakal pasangan.

---Beri tumpuan pada minat dan perasaan pasangan.Elakkan sibuk dgn memberi tumpuan kpd diri sendiri.

---Layan bakal pasangan dgn mesra spt kawan lama walaupun baru berkenalan .Ini bagi memastikan suasana keintiman terbentuk agar si dia merasa selesa.

---Semakin mudah kita menceritakan hal peribadi yg munasabahkpd bakal pasangan,semakin mudahlah sidia menceritakan perihal dirinya kpd anda.

---Berdoa dan berlatih diri agar kita pandai mendampingi org lain dan seronok utk didampingi org lain.

---Kebykan lelaki mudah tertarik terhadap wanita yg ringkas ,bershj.,tidak materialistik,mudah berterima kasih dan redha dgn setiap pemberian dari lelaki berkenaan .

---Utk lelaki,usah terlalu berjimat,berkira apatah lagi kedekut.

---Lelaki perlu belajar mengenal pasti karenah org perempuan spt perasaan ,pemikiran,kehendak ,keperluan ,keinginan,kesukaan mahupun apa yg menjadi kebenciannya.

---Elakkan memberikan tumpuan kpd kelemahan dan kesilapan kecil yg ada pada sidia malah jgn sesekali mengutuk atau pun memalukan bakal pasangan.


SEKILAS MADAH CINTA

---Cinta adalah air tinta kehidupan ,benci ialah racun yg membawa maut,,krn jika kebencian menyelinap masuk ke dlm pohon kehidupan ,maka tumbanglah pohon itu.---HAMKA

---Tidak sempurna iman seseorg itu sehingga ia mencintai saudaranya apa yg ia cintai utk dirinya---NABI MUHAMMAD SAW.

---Cinta yg lazimnya ditujukan kpd pemuasan hawa nafsu belaka sbrnya ialah cinta yg dikurniakan Tuhan kpd binatang---AL-FARABI.

Isnin, 9 Februari 2009

PSIKOLOGI CINTA : MENCARI BAHAGIA

Dlm meletakkan fasa dlm sesuatu perhubungan,sudah pasti ada sesuatu yg dicari.Pada diri si dia,tentu anda mengharapkan yg baik diantara yg terbaik.
Begitu juga ketika membina impian dlm percintaan,pelbagai perkara yg difikirkan mengenai sidia.Adakah nilai yg diberikan itu ada persamaan dgn apa yg anda dambakan ?
Renungilah perkara2 berikut dlm memperolehi kekuatan dlm bercinta:

---Jgn tertarik kpd seseorg hanya krn paras rupanya shj sbb keelokkan wajah dpt menyesatkan .Jgn pula tertarik pada kekayaannya krn kekayaan tidak pernah kekal bahkan pasti akan musnah.Biarlah tertarik pada seseorg yg dpt membuatkan diri tersenyumkrn hanya senyuman yg dpt membuatkan hari yg gelap menjadi cerah.Semoga anda diketemukan dgn insan spt itu.

---Ada saatnya anda sgt merindukan seseorg hinggakan hati ingin sekali menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya di alam nyata.Semoga anda bermimpikan insan spt itu.

---Semoga anda mendpt kebahagiaan yg cukup utk membuat anda bahagia,cubaan yg cukup utk membuat anda kuat,kesedihan yg cukup utk membuatkan diri menjadi kental penuh manusiawi,pengharapan yg cukup utk membuatkan anda bahagia.

---Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup,pintu yg lain dibukakan ttp kita seringkali terpaku terlalu lama pada pintu yg tertutup itu sehingga tidak melihat pintu lain yg dibukakan itu.

---Sahabat yg terbaik adalah sewaktu dia dpt duduk berbual bersama dgn anda,tanpa mengucapkan sepatah kata,kemudian anda meninggalkannya dgn perasaan spt sudah bercakap2 lama dgnnya.

---Benarlah kata2 bahawa anda tidak tahu apa yg anda miliki sehinggalah anda kehilangannya.Anda juga tidak tahu apa yg belum anda miliki sehinggalah anda memperolehinya.

---Pandanglah sesuatu dari kacamata org lain,yg mana apabila hal itu menyakitkan hati,mungkin hal itu menyakitkan hati org lain pula.

---Kata2 yg diucapkan sembarangan seolah2 menyulitkan lagi perselisihan,sementelah kata2 yg kejam dpt menghancurkan sebuah kehidupan.Kata2 yg diucapkan pada tptnya ,dpt meredakan ketegangan,sementelah kata2 yg penuh cinta dpt menyembuhkan luka yg sekian lama membekas.

---Awal cinta adalah membiarkan org yg anda cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yg diinginkan ,jika tidak,anda hanya sekadar mencintai pantulan diri sendiri yg ditemukan dlm dirinya.

---Org yg palinh berbahagia tidak selalu memiliki hal terbaik,mrk hanya berusaha menjadi yg terbaik drpd setiap hal yg hadir dlm hidupnya.

---Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dgn beberapa org yg salah sbl bertemu dgn org yg tepat, yg mana kita harus berterima kasih di atas kurniaan itu.

---Kebahagiaan tersedia bagi mrk yg menangis ,mrk yg disakiti hatinya ,mrk yg mencari dan mrk yg mencuba.Justeru itu,hargailah betapa pentingnya org yg pernah hadir dlm hidup anda.

---Hal yg menyedihkan dlm hidup anda adalah ketika anda bertemu seseorg yg sgt bererti bagi diri anda namun mendapati pada akhirnya ,ianya tidak sedemikian dan anda harus melepaskannya .

---Cintai yg dimulai dgn senyuman ,mekar dgn ciuman namun berakhir dgn titisan airmata.

---Cinta dtg kpd mrk yg masih berharap sekalipun pernah dikecewakan ,kpd mrk yg masih percaya sekalipun pernah dikhianati,kpd mrk yg masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.

---Sungguh menyakitkan menyintai seseorg yg tidak mencintai diri anda ttp lebih menyakitkan adalah menyintai seseorg dan tidak pernah memiliki keberanian utk mengutarakan perasaan cinta kpdnya.

---Masa depan yg cerah selalu bergantung kpd masa lalu yg dilupakan,di mana anda tidak dpt terus hidup dgn baik jika anda tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa silam .

---Jgn mengucapkan selamat tinggal jika anda masih lagi mahu mencuba ,jgn menyerah jika anda masih berasa sanggup ,jgn mengatakan anda tidak menyintainya selagi anda tidak dpt melupakannya.

---Hanya diperlukan waktu seminit utk mentafsir seseorg,sejam utk menyukai seseorg dan sehari utk mencintai seseorg ttp memerlukan waktu seumur hidup utk melupakan seseorg.



SEKILAS MADAH CINTA

---Cinta tidak pernah meminta,ianya sentisamemberi,cinta membawa penderitaan,tetapi tidak pernah berdendam dan membalas dendam ; di mana ada cinta,di situ ada kehidupan sementara kebencian membawa kpd kemusnahan---MAHATMA GANDHI

---Cinta bukan membuatkan anda lemah tetapi membangkitkan semangat---HAMKA

---Jgnlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda hancur binasa---UMAR AL-KHATTHAB RA.