Khamis, 18 Februari 2010

5

POHON KEMATIAN
Lambat lagikah maut menjemput,
Belum terlewat menadah tangan,
Bersujud cinta di atas sejadah.

CINTA HUJUNG MINGGU
Tanganku menggeletar hangat,
Terbayang wajahmu melintas,
Saat aku menyisip aroma kopi putih,
Bersama sekeping roti bakar.

KEIKHLASAN
Memang sukar mencari makna sebuah keikhlasan,
Ianya tidak boleh dijualbeli,
Ianya bagaikan seekor semut hitam,
Diatas batu hitam di malam yang kelam.

RANTING PERSAHABATAN
Aku dambakan seorang kawan,
Yang tidak akan meninggalkan ku,
Walau susah,walau senang,
Sehingga mataku tertutup.

KENAPA AKU SUKA PUISI
Marilah berpuisi bersamaku,
Dikau takkan menyesal,
Mencurahkan rahsia dihatimu.

6 JENIS MANUSIA.

Nabi SA.W.bersabda;"Ada 6 org yang aku kutuk dan ALLAH S.W.T. juga mengutuknya dan doa2 semua Nabi diperkenankan iaitu:

1]Org yg menambah isi Al-Quran.  [dgn tafsiran atau takwil yg menyimpang]

2]Org yg mendustakan takdir ALLAH S.W.T.

3]Org yg berkuasa memaksa dan takbur,sehingga dia memuliakan org yg dihina oleh ALLAH ;dan dia menghina org yg telah dimuliakan oleh ALLAH.

4]Org yg menghalalkan sesuatu yg diharamkan oleh Tuhan di Makkah.

5]Umatku yg menghalalkan apa2 yg telah diharamkan oleh ALLAH.

6]Org yg meninggalkan sunnahku.

...Maka sesungguhnya ALLAH S.W.T.tidak memandang mrk dihari Kiamat dgn pandangan rahmat"

Rabu, 17 Februari 2010

6 PERINGATAN.

1]Sesiapa yang berpagi2 susah memikirkan perihal dunia,bererti dia berpagi2 telah memarahi kpd. ALLAH.

2]Sesiapa yg mengeluh krn ditimpa musibah,bererti dia mengeluhkan Tuhannya.

3]Sesiapa yg tidak menghiraukan dari mana dtgnya rezeki,bererti ALLAH S.W.T. tidak menghiraukan dari pintu mana dia akan masuk Neraka.

4]Sesiapa yg berbuat dosa sambil tertawa,berertidia akan masuk Neraka sambil menangis.

5]Sesiapa yg sibuk memuaskan nafsu syahwatnya semata2,maka ALLAH akan mencabut dari hatinya perasaan takut kpd. Hari Akhirat.

6]Sesiapa yg merendahkan dirinya kpd org kayakrn kekayaannya,maka akan selalu terbayanglah diruang matanya akan kemiskinannya.

KAMU MENGIRA,...

Kamu mencari  4 macam tetapi rupa-rupanya kamu terkeliru jalan;

1]Kamu mengira kekayaan itu dalam banyak harta,tiba-tiba ianya sebenarnya terdapat dalam QANAAH.

2]Kamu mengira istirehat itu dalam banyak,tetapi rupa-rupanya ianya dalam sedikit. [ maksudnya bertambah banyak harta,bertambah sibuk,dan tidak dapat beristirehat ]

3]Kamu mengira kehormatan itu dalam bentuk lahiriah semata-mata,tapi tiba-tiba kamu dapati ianya dalam bentuk TAQWA.

4]Kamu mengira nikmat itu dalam bentuk makan dan minum,tetapi ianya sebenarnya dalam bentuk tertutupnya aib dan dosa serta Islam.[ Maksudnya,jika ALLAH menutup kesalahan /dosa kita,maka itulah NIKMAT.]

UNGKAPAN HATIM AL-ASHAMM

Hatim Al-Ashamm berkata: Aku minta dari makhluk 5 perkara dan aku tidak mendapatkannya;

1]Aku minta supaya mereka taat dan zuhud,tetapi mereka tidak mahu mengerjakannya.

2]Aku minta supaya mereka menolongku dalam taat dan zuhud,tetapi mereka tidak mahu juga.

3]Aku minta agar mereka redha jika aku taat dan zuhud,malahan mereka membenciku.

4]Aku memnita supaya mereka agar jangan menggangguku,tetapi mereka menghalangku dari taat dan zuhud.

5]Aku meminta supaya jangan mengajak aku kepada jalan yang tidak diredhai ALLAH dan jangan memusuhi aku jika tidak mengikuti mereka,tetapi mereka tidak mahu demikian.

KATAKAN.

Katakan yang aku bimbang,
Jika perjalanan kita kian sempit menuju Tuhan,

Katakan yang aku bimbang,
Jika iman kian menyusut,
Bekalan semakin sedikit.

Katakan yang aku bimbang,
Jika cinta sesama kita kian menghilang [ siapa yang sembunyikan?]

Katakan yang aku bimbang ,amat bimbang,
Jika kita tidak kenal lagi,
Siapa ALLAH,siapa RASULLULLAH,..!!

BAGAIMANA,...

Bagaimana,...
Jika diri terus2an melakukan dosa,
Tidakkah akan menjadikan hati itu hitam,kelam dan keras?

Tidak ada kebersihan,
Tiada nur iman menembusinya,
Tidak ada kelegaan dan kemanisan beribadah,
Tidakkah hati itu akan jauh dari rahmat ALLAH?

Bagaimana,...
Ketaatan beribadah dapat berlangsung,
Ketika hati begitu tegar dan keras membatu,
dan diri masih terus2an melakukan maksiat dan kemungkaran?