Rabu, 3 Februari 2010

PERINGATAN KEPADA DIRI SENDIRI.







Apabil segalanya serba tidak kena,ada ketikanya kita beranggapan kita tidak tahu apa lagi yg hendak dilakukan,ttp ingatlah,...jgnlah berputus harap krn,...






1]Apabila hidup diselubungi kegelapan,semuanya gelap,carilah sinar itu dari DIA YG MEMBERI CAHAYA.

2]Apabila diri dibelenggu masalah sdgkan tiada siapa yg ambil kisah,ingatlah pada DIA yg tidak pernah melukakan hatimu,krn DIA MAHA ADIL.

3]Apabila hatimu merasa terluka,dan kesakitan itu melemahkan kudratmu,jgn berputus asa krn DIA melihat segala2nya.

4]Apabila terasa lemah tidak bermaya sdgkan perjlanan masih jauh yg perlu diharungi,carilah kekuatan itu dari YG MAHA PERKASA.

5]Apabila hidup ini terasa bagaikan beban,segala2nya goyah,segeralah bangunkan semula semangat itu dgn keyakinan bahawa itulah iradatNYA.

6]Apabila jln di depan diselubungi kegelapan mendung,sdgkan tiada sesiapa disisi yg sudi menemanimu,carilah jln lurus itu dariNYA yg menjadi satu2nya panduan hidup.

7]Apabila semua org yg ada disekeliling tidak mahu mendengar suara,rintihan serta keluh-kesahmu,jgn kecewa krn DIA MAHA MENDENGAR.

8]Apabila diri miskin,papa,terperangkap dalam kesulitandan kesempitan hidup,ingatlah kpd DIA YG MAHA KAYA.

9]Apabila engkau dalam kedukaan sdgkan tiada tpt utk menyelamatkan diri [ mengadu ],mengadulah pada DIA YG SATU.

10]Apabila diri keseorangan,dan kekecewaan itu bagaikan tiada penghujungnya,serahkanlah dirimu kpdNYA,...itulah satu2nya tpt yg boleh digantungkan harapan.

11]Apabila parut lukamu dicederakan lagi membuatkan hatimu direnggut kebimbangan,ingatlah bahawa DIA sentiasa bersama2 dgn org2 yg sabar.