Rabu, 18 Mac 2009

PSIKOLOGI CINTA:MENILAI SENI CINTA SEJATI

Kebanyakan org mungkin percaya bahawa cinta tidak diikat oleh seni,malah ada juga yg beranggapan bahawa cinta lebih tinggi dari segala peraturan.Sdgkan pada hakikatnya cinta tetap ada seninya bagi membezakannya dgn perkara yg lain.Semakin tinggi seni cinta itu dipraktikkan,maka semakin tinggi jugalah nilai cinta itu .Ini krn sesungguhnya nilai estetika cinta itu tidak boleh dipisahkan dari nilai etikanya krn sekiranya dipisahkan ,maka cinta itu menjadi seakan tidak sempurna,cacat,tempang dan sbgnya.
Ada beberapa cara utk mempraktikkan seni cinta sejati:

-- Cinta sejati itu tidak buta krn ianya dikurniakan kpd makhluk yg berakal.Ini krn cinta juga memerlukan akal bagi menilainya dari sudut etikanya.

-- Cinta itu bukanlah segala2nya,krn walau ianya sepenting mana sekalipun dlm sesuatu kehidupan,iman adalah lebih penting berbanding cinta krn dgn adanya iman,barulah anda boleh mencintai seseorg dgn cinta sejati.Cinta memerlukan akal krn cinta juga tergolong kpd perihal nafsu.

-- Cinta perlu kpd pedoman,matlamat yg betul serta peraturan krn tanpa peraturan,matlamat serta peraturan yg sewajarnya,cinta menjadi buta dan tiada arah tuju.Cinta sejati memerlukan pedoman ,matlamat serta peraturan yg betul,lebih2 lagi jika berlandaskan ISLAM.

-- Cinta itu adalah suatu amanah di mana ianya bukanlah hak anda sebagaimana halnya dgn diri anda .Adalah tidak wajar sekiranya anda menjadikan amanah utk memusnahkan ataupun memungkiri suatu amanah yg lain.

-- Cinta sejati itu bersifat mutlak.Ianya membawa maksud,walaupun anda menyintai kekasih anda ,ianya sbrnya hanya sebhgn dari cinta yg menyeluruh.Cinta sejati sejati yg mutlak adalah kpd ALLAH SWT.,cinta kpd diri anda,cinta kpd kedua org tua anda ,cinta kpd sesama manusia ,cinta kpd agama sambil pada masa yg sama cinta kpd kekasih anda.
Krn sifatnya yg mutlak dan menyeluruh itu jugalah,maka cinta sejati akan menjadi lebih adil krn ianya meletakkan cinta pada yg berhak utk dicintai malah setakat mana patut dicintai.Ianya juga tidak melebihkan cinta kpd kekasih shj hinggakan lupa kpd cinta yg lain.

-- Cinta sejati tidak perlu disebut.Ianya khas utk anda.Ianya bukan hakmilik org lain,malah jika anda memberikan cinta sejati anda kpd seseorg,tidak semestinya ianya di balas dgn cinta sejati yg sama yg anda berikan kpdnya.Pun begitu anda tidak perlu kecewa sekiranya cinta tidak berbalas ataupun berbalas tidak spt yg anda harapkan krn anda tahu anda bercinta di bwh naungan ALLAH SWT,yg sudah pasti akan membalas setiap kebaikan,kejujuran ,keikhlasan serta kesetiaan cinta sejati anda dgn ganjaran yg langsung tidak dijangka.

-- Cinta yg anda nikmati,meskipun sedikit,dgn kesabaran adalah lebih membahagiakan anda krn anda tidak perlu gelojoh dlm cinta.Ini krn jika anda gopoh dan gelojoh,apa yg anda kecapi hanyalah bersifat sementara shj krn apa yg menanti selepas itu adalah kedukaan dan kekecewaan sepjg hayat.
-- Merasai cinta sejati terhadap kekasih ialah takrifan nikmat cinta peringkat kedua,yg cukup sederhana sifatnya serta tidak melampau.Ini krn jika anda tidak terlalu terbawa2 oleh perasaan cinta anda yg sejati,sekurang2nya anda masih boleh membuat pertimbangan yg wajar dan rasional.

-- Sekiranya kecewa d;m bercinta,jgn mudah berputus asa krn rahmat ALLAH SWT masih ada utk ada .Cubalah kecapi dan nikmati betapa beruntungnya anda memperolehi segala yg dikurniakanNYA kpd anda .Dari situ,sentiasalah bersyukur kpdNYA.

-- Sentiasa jgn bertindak mendahului ketentuan ,krn anda perlu byk bersabar dlm bercinta .Apabila sampai masanya kelak,anda akan dihalalkan membuktikan cinta anda,buktikanlah ketulusan cinta anda itu,lebih2 lagi cinta sejati.

-- Sekiranya anda bercinta sbl berkahwin,layanilah sekadar perlu shj krn yg penting adalah menikahi kekasih anda .Di dlm ertikata lain menerima cintanya krn pernikahan adalah ikatan cinta.

-- Seandainya anda bercinta sbl berkahwin dan kekasih anda mahu merosakkan diri anda ,jauhilah dia malah tidak perlu rasa kesal sekiranya kehilangannya.Mudah2an anda akan mendpt kekasih yg jauh lebih baik,jujur serta lebih memahami cinta sejati dan tulusnya terhadap anda.

-- Manifestasikanlah cinta anda setelah anda mendirikan rumah tangga dgn kekasih anda itu .Sentiasalah berdoa agar cinta anda dgnnya diberkati oleh ALLAH SWT dan sentiasa beroleh rahmat dariNYA.Juga sentiasalah memohon kpdNYA agar dikurniakan nikmat cinta sejati yg tiada taranya.

Sesungguhnya cinta sejati mahupun cinta suci itu tidak buta.Ianya sentiasa celik malah kecelikkan cinta itu dpt mencelikkan pula yg lain .Sebaliknya cinta yg buta adalah cinta yg penuh noda,nafsu dan kemaksiatan.Cinta yg buta itu adalah buta segala2nya.Buta ttg cara dan peraturan cinta ,buta ttg tanggungjawab cinta,buta ttg hikmah cinta,malah lebih teruk lagi adalah buta ttg hakikat diri.Cinta yg buta adalah cinta yg tidak sempurna bahkan cacat.
Sayangnya dewasa ini ramai yg suka kpd cinta butacinta yg penuh nafsu dan noda ,hingga membiarkan dirinya hanyut dan tenggelam di bawa arus gelombang kecewa dan kehancuran hidup lantaran kemudiannya barulah menyedari cinta yg dialaminya itu adalah Cinta Buta.
Cinta sejati bukanlah spt cinta Qais dan Laila,Romeo dan Juliet sebaliknya cinta sejati adalah spt cinta RASULLULLAH SAW dan KHADIJAH,atau Saidina ALI Kw. dan Fatimah Ra.Namun cinta sejati yg paling agung sudah pastilah diantara hamba dgn Penciptanya.

Rabu, 11 Mac 2009

IKTIBAR 3: PERKARA YANG KAMU TIDAK MAHU PASTI AKAN TIBA

Perkara yg kamu tidak mahu pasti akan tiba,
Yg kamu tidak tahu bila masa dan ketikanya dan di mana tptnya,
Itulah mati yg kamu benci,malah menyebut pun kamu tidak suka,
Tetapi tidak sedar kaki manusia pasti akan melangkah menuju ke sana,

Itulah mati,
Tetapi ianya bukanlah penghujung hidup,ia hanyalah perpisahan
Di antara 2 alam
Alam menanam dan alam menuai,
Tinggal di sempadan sementara waktu,
Alam barzakh namanya,
Yang tidak diukur oleh masa lagi
Di sana kamu akan makan sepuas2nya

Tahukah apa yang akan kamu makan?
Yakni lihatlah apa yang kamu tanam hari ini!


HADIRNYA TANPA JANJI

Maut datang tidak berkaki,
Tibanya tidak bersuara,
Ia menemui kita tidak ada berjanji,
Ia boleh sampai bila2 masa,
Tidak kira siang atau pun malam,pagi atau pun petang,
Atau apakah kita suka ataupun sebaliknya

Dia datang,
Tidak kira kpd siapa,
Kpd raja?
Kpd si kaya?
Kpd yg berkuasa?
Kpd yg papa kedana?
Kpd yg mengingati-NYA?
Atau kpd yg tidak memperdulikannya?
Tunggulah kedatangannya dgn penuh siap siaga dan waspada,
Tatkala maut menjemput kita,
Pastikan kita sudah bersedia menerima kedatangannya!

KEMATIAN SEBAGAI PENGAJARAN

Di mana jua kita pergi,
Di dalam negeri ataupun di luar negara,
Sering melihat tanah perkuburan,
Di tepi2 jln,
Di sempadan hutan,
Ada yg indah bagaikan taman ,

Ada yg jelik tidak dibersihkan ,
Ada yg lama,
Ada yg baru,
Berceracakan batu2 nisan tersusun dan teratur,
Nama2 org yg di bwhnya kita tak tahu,
Apakah di dalamnya taman 2 syurga,
atau salah satu dari lubang2 neraka!

Tanah perkuburan bagaikan masih lagi tidak menjadi pengajaran
Pada hal kita juga pasti akan ke sana ,
Meninggalkan dunia yg dicintainya.

MATI

Sampai waktu
Ajal pasti akan datang,
Malaikat maut pasti segera menjelang,
Dicabut nyawa tidak terbilang,
Terasa sakitnya bukan kepalang,

Mati itu terlalu perit,
Di dalam kubur terlalau sempit,
Ular dan kala datang menggigit,
Papan dan bumi pula menghimpit,

Masuklah mayat ke dalam bumi,
Mungkar dan Nakir tanyakan diri,
Tiada terjwb amalan sendiri,
Di pukul malaikat ke dasar bumi,

Setelah dikubur baru menyesal,
Teringat diri berbuat dosa,
Teringat diri tidak beramal,
Tidak mungkin lagi kembali ke dunia,

Mati itu terlalu lazat,
Bagi Syuhada di medan jihad,
Oleh itu wahai sahabat,
Iman di dada perlu dipertingkat.

MATI 2

Peristiwa kematian adalah sesuatu yang ngeri,
Menggerunkan dan meremangkan bulu roma,
Benci menyebutnya pada sesetgh manusia,
Hiburan pada yang lain pula,

Mati menggerunkan dan mengerikan ,
Perpisahan dari Alam Fana buat selama2nya,
Berhadapan dengan alam yang abadi,
Gerun sekali kematian itu,

Isteri akan menjadi balu,
Suami akan menjadi duda,
Ibu ayah kehilangan cahaya mata,
Anak menjadi yatim piatu,
Mentua kehilangan menantu,
Menantu kehilangan mertua,
Rakan kehilangan sahabat,
Murid kehilangan guru,
Rakyat kehilangan pemimpin,...


RAINSTORM

MUHAMMAD S.A.W. : RAHMAT SEKELIAN ALAM

Suatu cahaya terbit dari Cahaya Yang Maha Ghaib

Cahayanya lebih terang daripada cahaya2 yang lain

Ianya bagaikan suria yang menyinarkan cahaya yang lebih terang

Daripada segala cahaya bintang yang lain

Ianya sebuah suria yang rumahnya di langit

ALLAH namakan dia Ummi{ tidak tahu membaca dan menulis }

Badannya berada di Mekah

Ia tidak berkata2 kecuali menurut pandangan batinnya

Ia tidak menyuruh orang menurut pandangan batinnya

Ia tidak menyuruh orang menurut perangainya

kecuali kerana perangainya itu benar belaka

Ia duduk di majlis Yang Maha Esa

Ia membawa orang lain duduk bersamanya

Ia menyampaikan maklumat daripada apa yang dilihatnya

Ia di utus sbg pembimbing manusia

Ia menunjukkan akhlak yang patut dicontohi semua

Tiada sesiapa yang tahu hakikatnya

Kecuali mereka yang ikhlas dan mengenalinya

ALLAH menunjukkan hakikatNYA kepada sesiapa yang dikehendakiNYA

Cahaya kenabian terbit dari cahayanya

Cahayanya terbit daripada Yang Maha Bercahaya

Tidak ada cahaya lain seterang cahayanya

Wujudnya mendahului 'sebelum wujud'

Namanya mendahului qalam Al-A'la

Tidak ada yang lebih mulia,lebih bijaksana ,lebih adil, lebih pengasih

Malah lebih taqwa daripadanya

Gelarannya Penghulu Segala Makhluk

Namanya Ahmad,sifatnya Muhammad

Ajarannya jelas,zat dirinya agung,sifatnya hebat

Dia dahulu dan dia sekarang

Dia yang awal dan dia yang akhir

Ia dikenangi sebelum adanya 'sebelum'

Ia diingati selepas adanya 'selepas'

Zatnya Nur

Kata2nya bersifat kerasulan

Ilmunya bersifat kelangitan

Tutur dan cara bahasanya bahasa Arab

Asal bangsanya 'bukan dari Timur dan bukan dari Barat'

Mata melihat jelas tanda2nya

Rahsia diri terserlah oleh adanya ia

ALLAHlah yang menbuatkan ia berkata2 dan membuktikan kesahihan kata2nya

ALLAHlah yang mengutusnya

Dialah bukti dan dialah juga yang dibuktikannya

Dia menghilangkan dahaga hati yang kedahagaan

Dialah yang membawa kalam ILLAHI untuk semua makhluk

Ia 'bersatu' dengan ALLAH tanpa bercerai tanggal

Ia menghapuskan kegelapan hati dan menyinarkan Nur KeTUHANan kepada minda insan

Ia terbatas dan terhad dari segi badaniah

Ia perwira yang gagah perkasa

Ia menerima perintah menghancurkan berhala

Ia menyedarkan manusia siapa musuh sebenarnya

Semua ilmu adalah setitis air dari lautan ilmunya

Segala hikmah hanya segelas air dari lautan hikmahnya

Semua waktu hanya seketika daripada tempoh hayatnya

ALLAH beserta dengannya sentiasa

Ia terawal sekali dalam kesatuannya dengan Yang Maha Esa

Ia terakhir sekali diutus sebagai Rasul

Dari segi hakikat,ianya batin

Dari segi makrifat,ianya zahir

Tidak ada si alim yang menyamai ketinggian ilmunya

Tidak ada filasuf yang mencapai ketinggian hikmahnya

ALLAH tidak menyerahkan hakikat wujud diriNYA kepada makhluk

Kerana makhluk itu makhluk,tetapi ada wujud ALLAH pada makhluk itu

Namun ALLAH tetap ALLAH

Tidak ada yang keluar dari huruf MIM daripada MIM HA MIM DAL

Dan tidak ada yang masuk ke dalam huruf HA dan HA sama dengan MIM yang kedua

Dan DAL sama dengan MIM yang pertama

DALnya adalah kekekalannya,MIMnya adalah pangkatnya,

Dan HAnya adalah hal kerohaniannya dan begitu juga dengan MIMnya yang kedua itu

ALLAH menjadikan kata2nya terzahir

Dan memperluaskan tanda2nya dan membuatkan buktinya diketahui

ALLAH menurunkan AL-FURQAN kepadanya

ALLAH melancarkan lidahnya berkata2

ALLAH menerangkan segenap ruang dan isi hatinya

Tiada siapa yang dapat meniru sisi serta seisi AL-QURAN yang di bawanya

Jika anda lari daripadanya

Apakah ada pembimbing lain yang sempurna yang dapat menunjuki 'jalan'kepada ALLAH?

Pandangan filasuf adalah ibarat sebutir pasir di Gurun Sahara

Tetapi pandangannya adalah Gurun Sahara itu sendiri!


{ SYEIKH ABU MUGHIS HUSSEIN BIN MANSUR AL-HALLAJ }