Khamis, 18 Februari 2010

5

POHON KEMATIAN
Lambat lagikah maut menjemput,
Belum terlewat menadah tangan,
Bersujud cinta di atas sejadah.

CINTA HUJUNG MINGGU
Tanganku menggeletar hangat,
Terbayang wajahmu melintas,
Saat aku menyisip aroma kopi putih,
Bersama sekeping roti bakar.

KEIKHLASAN
Memang sukar mencari makna sebuah keikhlasan,
Ianya tidak boleh dijualbeli,
Ianya bagaikan seekor semut hitam,
Diatas batu hitam di malam yang kelam.

RANTING PERSAHABATAN
Aku dambakan seorang kawan,
Yang tidak akan meninggalkan ku,
Walau susah,walau senang,
Sehingga mataku tertutup.

KENAPA AKU SUKA PUISI
Marilah berpuisi bersamaku,
Dikau takkan menyesal,
Mencurahkan rahsia dihatimu.