Rabu, 10 Februari 2010

APA ADANYA CINTA

Apa adanya cinta
hingga sanggup melukakan,
menghancurkan kehidupan,
   Memberi dan menerima dgn seikhlas hati,
   Sekadar ungkapan pemanis kata,
   Sekadar penyedap halwa telinga,
Hati yg berdarah,
hanya diri yg menanggung,
   Memang benarlah jika ada yg mengatakan,
   cinta adalah racun,cinta adalah penawar,

Apa adanya cinta,
hingga sanggup menjadikan diri serendah2nya,
hingga sanggup mewar2kan bahawa ,
inilah cinta sejati ,inilah cinta hakiki,
walhal,cinta sejati hanyalah pada DIA YANG SATU,

Namun,
walau racun berbisa ada padanya,
kita akan tetap jua menjengahnya,
krn cinta akan sentiasa wujud,
bersama nadi yang berdenyut.